Apa itu jerebu ?
Jebebu merupakan satu fenomena yang terjadi disebabkan
oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil seperti habuk, asap, dan
zarah-zarah kering yang lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar berkumpul
di ruangan udara yang telah menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak
penglihatan yang berkurangan. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara
semula jadi dan juga merupakan kesan sampingan akibat daripada perbuatan
manusia. Partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok
yang boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Hal ini telah menyebabkan
jarak pandangan mata kasar berkurangan dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan
seperti menjejaskan sistem pernafasan.
Sejak kebelakangan ini, jerebu menjadi satu masalah
kepada Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Hal ini disebabkan
oleh pembersihan hutan di Indonesia dan kaedah pembalakannya secara terbuka. Hal
ini masih lagi menjadi satu masalah yang berterusan dan sedang dalam proses
untuk menangani masalah ini.
Jerebu yang disebabkan pembakaran hutan secara meluas ini
boleh menjadi semakin serius dan berpanjangan. Pendedahan jangka panjang manusia
kepada jerebu boleh menyebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti masalah
mata, tekak dan masalah sistem pernafasan. Hal ini secara tidak langsung telah
menjejaskan aktiviti harian manusia. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk
sentiasa menjaga kesihatan mereka sekeluarga dan mengurangkan aktiviti yang
berkaitan luar rumah. Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa memakai
topeng yang sepatutnya apabila berada di luar rumah.
Indeks Pencemaran Udara
(IPU)
Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah merupakan satu cara
untuk menilai kualiti udara di Malaysia. IPU dikira daripada beberapa set data
berkenaan pencemaran udara. Skala di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
IPU
|
Tahap Pencemaran Udara
|
0-50
|
Baik
|
51-100
|
Sederhana
|
101-200
|
Tidak Sihat
|
201-300
|
Sangat Tidak Sihat
|
301+
|
Merbahaya
|
Pengelasan tahap
kualiti udara mengikut IPU dan langkah-langkah yang boleh di ambil semasa
jerebu adalah seperti berikut :
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 merupakan
status yang baik. Tahap pencemaran adalah rendah dan tidak membahayakan
kesihatan umum. Antara langkah pencegahan dan kawalan kesihatan yang boleh
diambil adalah tiada sebarang sekatan untuk menjalankan aktiviti luar untuk
semua golongan. Hal ini membolehkan orang ramai melakukan aktiviti harian
seperti biasa dan orang ramai dinasihatkan supaya mengamalakan cara hidup
sihat.
Pada bacaan IPU 51-100 merupakan status sederhana dan
tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum. Pada
bacaan ini, tiada sebarang sekatan aktiviti untuk semua golongan dan orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.
Pada bacaan 101-200 merupakan status yang tidak sihat. Tahap
pencemaran pada masa ini boleh menjejaskan kesihatan golongan yang berisiko
tinggi. Oleh itu, golongan yang berisiko tinggi ini dinasihati supaya
mengehadkan aktiviti luar rumah serta dinasihatkan memakai alat pelindung
penafasan (mask) ketika berada di luar rumah. Pada masa ini, orang ramai
dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti yang lasak di luar rumah bagi menjamin
kesihatan mereka.
Bacaan IPU 201-300 merupakan status udara yang sangat
tidak sihat. Hal ini kerana, tahap pencemaran tinggi yang mana boleh menjejaskan
kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan lagi gejala penyakit yang dialami
oleh mereka yang berisiko tinggi. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk
mengelakkan daripada melakukan aktiviti lasak di luar rumah dan orang ramai
dinasihatkan juga untuk sentiasa memakai alat pelindung pernafasan (mask)
ketika berada di luar rumah. Bagi golongan yang berisiko tinggi, mereka digesa
supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal
dan sentiasa memakai alat pelindung pernafasan ketika berada di luar rumah. Selain
itu, mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memperbanyakan minum air dan
sentiasa membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
Bacaan IPU 300 dan keatas merupakan status merbahaya dan
tahap pencemaran udara yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. Oleh itu,
semua golongan digesa untuk sentiasa berada di dalam rumah ataupun bangunan dan
seboleh-bolehnya tiada langsung yang menjalankan aktiviti di luar rumah. Orang ramai
juga dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih dan sentiasa memakai alat pelindung
pernafasan ketika berada di luar rumah.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi
setiap arahan yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang
masalah jerebu ini dan orang ramai juga perlulah sentiasa peka terhadap masalah
jerebu ini agar kesihatan mereka sekeluarga lebih terjamin.
No comments:
Post a Comment